Nasi Dagang adalah sejenis makanan tradisional yang sangat terkenal di Terengganu. Masakan ini dibuat dengan memasak nasi biasa dan nasi yang berkanji bersama-sama dan kemudian dimasukkan juga santan di dalamnya. Nasi Dagang di makan dengan lauk khusus yang yang dipanggil gulai ikan dan acar timun. Nasi Dagang sering disediakan oleh masyarakat Terengganu semasa kenduri ataupun ketika sambutan Hari Raya. Menu Nasi Dagang boleh didapati di kebanyakan restoran di sekitar Negeri Terengganu.~keropok Lekor~
~sata~
Sata juga merupakan antara makanan tradisional yang terkenal di Terengganu. Sata adalah sejenis makanan yang berasaskan isi ikan laut yang digaulkan bersama dengan rempah, di bungkus di dalam daun pisang dan kemudian di panggang di atas dapur arang kayu. Sata adalah manis dan mempunyai bau aroma bungkusan daun pisang yang membuatkan ianya sangat sedap untuk dimakan.
Laksam juga merupakan salah satu makanan yang sangat digemari oleh masyarakat Terengganu. Ia adalah sejenis makanan yang ringkas dan diperbuat daripada tepung gandum dan tepung beras, dan kemudian doh nya akan distim. Kuahnya yang berwarna putih pula diperbuat daripada isi ikan yang direbus, puri dan dicampurkan bersama-sama dengan santan kelapa. Laksam juga dimakan bersama sedikit ulam dan juga sedikit sambal.


emm,terliur...lama xrasa ns dagang. Mekasih atas perkongsian ni...
ReplyDeleteutk nasi dagang- ada beras nasi dagang :) + pulut :)
ReplyDelete